[4 Photos] Zayn Malik Telah Meninggalkan One Direction


Zayn Malik telah meninggalkan One Direction, band ini telah mengesahkan dalam satu kenyataan. Malik berkata: "Kehidupan saya dengan One Direction telah lebih daripada yang pernah saya bayangkan. Tetapi, selepas lima tahun bersama, inilah masa yang sesuai untuk saya meninggalkan kumpulan ini. Saya ingin meminta maaf kepada peminat yang terkesan dengan keputusan saya ini., tetapi saya perlu lakukan perkara yang sesuai."


One Direction akan meneruskan "World Tour" mereka sebagai empat orang dan merakam album kelima pada akhir tahun ini. Minggu lepas, Malik tidak menyertai band ketika "World Tour" selepas mendapati dirinya tertekan. Beliau kembali ke United Kingdom tidak lama selepas terpaksa mempertahankan hubungannya dengan tunangnya, penyanyi Little Mix, Perrie Edwards.


Dalam satu kenyataan, seluruh kumpulan itu berkata: "Kami berasa sangat sedih dengan keputusan Zayn, namun kami menghormati keputusannya. Lima tahun bersama meninggalkan kenangan paling manis. Banyak yang telah kami lalui bersama dan kami akan meneruskan persahabatan ini."

"Lima tahun yang lepas adalah detik paling luar biasa - kita telah melalui banyak perkara bersama-sama, jadi kami akan sentiasa menjadi kawan."

"Perjuangan kami berempat tetap diteruskan. Kami tidak sabar untuk merakam album baru dan berjumpa semua peminat pada "World Tour" seterusnya."


Simon Cowell, yang menemui band boy dalam X Factor, berkata: "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Zayn untuk segala-galanya ketika berada dalam kumpulan One Direction."

"Semenjak pertama kali bertemu Zayn pada tahun 2010, saya sangat suka - dan amat berbangga terhadapnya. Saya lihat dia bertambah yakin dan saya benar-benar sedih melihat dia meninggalkan One Direction"



"Bagi One Direction, peminat boleh yakin bahawa Niall, Liam, Harry dan Louis sangat teruja mengenai masa depan band ini."

Niall Horan, Liam Payne, Harry Styles dan Louis Tomlinson ditandatangani dengan Syco Records di atas label rekod Simon Cowell pada tahun 2010 selepas menduduki tempat ketiga dalam X Factor.

Source: UK BBC

0 Komentar untuk "[4 Photos] Zayn Malik Telah Meninggalkan One Direction"

Back To Top