Gambar Bakal Isteri Zizan Razak Telah Didedahkan

Selepas mengumumkan yang beliau bakal berkahwin dengan gadis sekampung beberapa minggu lalu, Zizan Razak mula dihujani pertanyaan tentang siapakah gerangan gadis bertuah itu dan pastinya beliau memilih untuk lebih berahsia kali ini.


Laporan akhbar baru baru ini juga mengatakan yang Zizan Razak telah menghantar rombongan merisik ke kediaman gadis tersebut ketika pulang ke kampung baru baru ini serta menyebut nama gadis itu sebagai Nor Edura Diyana Hisham.

Baru baru ini kami menerima satu e-mail daripada orang kampung Zizan Razak mendakwa beliau kenal gadis tersebut dan berbesar hati untuk kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan peminat yang ingin tahu. Gadis berusia 24 tahun itu dikhabarkan masih menuntut di sebuah universiti tempatan di Terengganu dalam bidang perakaunan.

Penghantar itu juga ada memaklumkan yang pelakon filem Polis EVO itu memang ada datang bersama keluarganya ke rumah gadis tersebut namun tidak pasti apa tujuan sebenar sama ada kunjungan biasa atau pun merisik.






Sumber: Rotikaya.
0 Komentar untuk "Gambar Bakal Isteri Zizan Razak Telah Didedahkan"

Back To Top